Tajuk : Tinggalkan Satu Peluru
Penulis : Aloy Paradoks
Penerbit : Sang Freud Press, 2013
Jumlah Halaman : 180
ULASAN 10/2021.
Ini kali kedua aku baca buku ini. Buku ini merupakan koleksi kisah-kisah
Aloy sendiri atau nama sebenarnya Nurul Asyikin.
Memang agak unik namanya bagi seorang lelaki dan di dalam buku ini
dikisahkan tentang pertembungan-pertembungannya dengan orang-orang yang suka
mengejek dan mentertawakan namanya itu.
Agak banyak juga kisah mengenai pengalamannya di sekolah. Budak nakal
juga Nurul Asyikin aka Aloy Paradoks ini. Yang agak menarik bagi aku ialah kisahnya
yang telah didenda beberapa kali oleh guru disiplin yang dipanggil Roland dan kemudian,
cikgu yang sama meminta pertolongan
daripadanya untuk menghalang seorang pengganggu.
Kisahnya dengan ayahnya yang dipanggil “Abah” ditulis dengan santai,
namun disebalik penulisan itu dapat dirasakan emosi sedih dan ralat terhadap
ayahnya kerana perpisahan yang telah berlaku. Ayahnya mengajar beliau tentang
lukisan – “bukan semua orang boleh tengok di mana cantiknya sesuatu lukisan dan
jangan dinilai cantiknya sesebuah lukisan” – dia juga belajar menulis cerpen dengan
membaca cerpen tulisan ayahnya.
Selain itu dikisahkan juga mengenai percintaannya yang sama ada putus di
tengah jalan mahupun tidak menjadi termasuk kisah cinta dengan Jaja, teman
sekolahnya.
Kisah yang paling menyentuh hati ialah mengenai kematian sahabat baiknya
Burn dan juga kematian datuknya.
Buku ini diakhiri dengan kisah bagaimana ayahnya memberitahu makna di
sebalik nama yang unik untuk seorang lelaki itu.
Ini sebuah bacaan ringan. Maka aku berikannya TIGA 🌟🌟🌟 bintang.
No comments:
Post a Comment