18 April 2021
Tinggalkan Satu Peluru (10/2021)
Tajuk : Tinggalkan Satu Peluru
7 December 2020
Ajen Perisikan Cinta Bil 0, JunBug (51/2020)
Tajuk : Ajen Perisikan Cinta Bil.0, JunBug
Penulis : Pelbagai
Penerbit : Sand Freud Press, 2011
Jumlah Halaman : 63
ULASAN 51/2020.
Buku paling kecil dan paling nipis yang aku dah baca sepanjang tahun
ini. Buku ini dipanggil zine iaitu sejenis kacukan antara buku dan majalah;
kerap digunakan oleh penulisan alternatif. Oleh kerana itu, isi kandungan zine
ini terdiri dari penulisan berbentuk alternatif.
Namun, penulis zine ini bukanlah calang-calang orang. Mereka ini terdiri
dari nama-nama hebat di kalangan penulis Indie dan ada yang aku kenal pun
melalui FB arwah Abang. Buku ini juga, tak silap aku, merupakan salah satu dari
koleksi arwah.
Ada 10 orang penulis di dalam zine ini. Salah seorangnya, Mohd. Jayzuan, pernah aku tulis ulasan bukunya, Anarki di Kuala Lumpur, dalam Blog ini. Dalam zine ini dia menulis tentang Remy Bond yang telah membunuh bekas kekasihnya, Julia Coppola.
Yang Mimi Morticia dan Zubin Mohamad menulis puisi. Nik Adam Ahmad
menulis certot (Ugh! Aku cukup tak suka nak sebut perkataan tu) – cerita kontot
– tentang adrenalin yang mengalir laju hanya kerana ingin meluahkan perasaan
terhadap seorang perempuan. Amar Amir menulis tentang Brett yang memerhatikan
keadaan di luar tingkap biliknya di sebuah pekan bernama Chichester. Aku pun
tak pernah dengar nama tempat tu. Cuma yang menariknya, ada 7E di sana!
Coretan Roslan Jomel merupakan coretan paling panjang dalam zine ini,
mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tetapi tidak
mempunyai zuriat. Akhirnya, isterinya melahirkan sepasang kasut sebesar tiga
inci. Agak tidak logik. Menariknya, kisah ini diakhiri dengan realiti bahawa
dia sebenarnya sedang menulis untuk media, dengan harapan ianya akan diterbitkan
walau dalam bentuk zine. Ironik, bukan?
Amran Rohaizat menulis tentang seorang wanita yang telah kehilangan
Janji yang diberikan oleh suaminya. Wan Nor Azriq menulis tentang empat karakter
pelakon yang akhirnya tiga dari mereka mati belaka. Fazleena Hishamuddin
menulis tentang seorang lelaki yang asyik memerhatikan teman wanitanya menampal
Road Tax baru pada cermin keretanya. Akhir sekali, Sufian Abas menulis dua
certot mengisahkan tentang seseorang yang duduk di balkoni sambal menghirup
kopi dan sebuah lagi tentang seseorang yang sedang memerhatikan hujan sambal duduk
meriba kucing.
Gaya penulisan alternatif ini kadangkala mudah saja difahami, kadangkala
pula perlu didalami untuk faham makna di sebaliknya. Buat masa ini, aku masih
lagi belajar untuk memahami gaya penulisan ini.
Untuk zine kecil ini, aku berikan TIGA 🌟🌟🌟 bintang.
Namun, penulis zine ini bukanlah calang-calang orang. Mereka ini terdiri dari nama-nama hebat di kalangan penulis Indie dan ada yang aku kenal pun melalui FB arwah Abang. Buku ini juga, tak silap aku, merupakan salah satu dari koleksi arwah.
Ada 10 orang penulis di dalam zine ini. Salah seorangnya, Mohd. Jayzuan, pernah aku tulis ulasan bukunya, Anarki di Kuala Lumpur, dalam Blog ini. Dalam zine ini dia menulis tentang Remy Bond yang telah membunuh bekas kekasihnya, Julia Coppola.
Yang Mimi Morticia dan Zubin Mohamad menulis puisi. Nik Adam Ahmad menulis certot (Ugh! Aku cukup tak suka nak sebut perkataan tu) – cerita kontot – tentang adrenalin yang mengalir laju hanya kerana ingin meluahkan perasaan terhadap seorang perempuan. Amar Amir menulis tentang Brett yang memerhatikan keadaan di luar tingkap biliknya di sebuah pekan bernama Chichester. Aku pun tak pernah dengar nama tempat tu. Cuma yang menariknya, ada 7E di sana!
Coretan Roslan Jomel merupakan coretan paling panjang dalam zine ini, mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Akhirnya, isterinya melahirkan sepasang kasut sebesar tiga inci. Agak tidak logik. Menariknya, kisah ini diakhiri dengan realiti bahawa dia sebenarnya sedang menulis untuk media, dengan harapan ianya akan diterbitkan walau dalam bentuk zine. Ironik, bukan?
Amran Rohaizat menulis tentang seorang wanita yang telah kehilangan Janji yang diberikan oleh suaminya. Wan Nor Azriq menulis tentang empat karakter pelakon yang akhirnya tiga dari mereka mati belaka. Fazleena Hishamuddin menulis tentang seorang lelaki yang asyik memerhatikan teman wanitanya menampal Road Tax baru pada cermin keretanya. Akhir sekali, Sufian Abas menulis dua certot mengisahkan tentang seseorang yang duduk di balkoni sambal menghirup kopi dan sebuah lagi tentang seseorang yang sedang memerhatikan hujan sambal duduk meriba kucing.
Gaya penulisan alternatif ini kadangkala mudah saja difahami, kadangkala pula perlu didalami untuk faham makna di sebaliknya. Buat masa ini, aku masih lagi belajar untuk memahami gaya penulisan ini.
Untuk zine kecil ini, aku berikan TIGA 🌟🌟🌟 bintang.
20 November 2020
Di Pinggulmu Ada Bulan (47/2020)
Tajuk : Di Pinggulmu Ada Bulan
Penulis : Hadi Jaafar
Penerbit : Sang Freud Press, 2015
Jumlah Halaman : 143
ULASAN 47/2020.
10 November 2020
Sepucuk Pistol Di Dalam Laci (46/2020)
Tajuk : Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
Penulis : Hadi M. Nor
Penerbit : Sang Freud Press, 2012
Jumlah Halaman : 148
ULASAN 46/2020.
Baru aku ingat, buku-buku Indie ni aku beli daripada Aloy Paradoks,
ketika dia mengadakan Jualan suatu masa dahulu. Ada beberapa buah juga yang aku
beli daripadanya. Kesemua buku keluaran penerbitan beliau bersaiz kecil dan
jumlah halamannya tidak lebih 200. Mudah dibaca dan dibawa kemana-mana.
Buku Sepucuk Pistol Di Dalam Laci ini merupakan sebuah himpunan cerita-cerita pendek oleh Hadi M. Nor. Namun, ada beberapa cerita yang berkait antara satu dengan lain menjadikan ia sebuah pembacaan yang menyeronokkan. Tambahan pula apabila sambungannya bukan betul-betul selepas cerita pertama. Ada yang berselang dua, tiga cerita. Ini menyebabkan aku membelek semula halaman sebelumnya untuk ingat semula kisah yang mula-mula tadi.
Keras perut aku ketawa sambil mengalir airmata dengan cerita-cerita yang ditulis ini. Gaya bahasanya santai dan jalan ceritanya juga mudah. Itu yang menyebabkan cerita-ceritanya mudah dihadam.
Ada cerita yang berlaku di luar negara, seperti kisah Pemburuang (Pemburu Beruang) yang berlatarbelakangkan negara Jepun dan Hujan Emas yang berlatarbelakangkan negara Perancis. Ada juga cerita yang direka seperti Setan, Bintang Hijau dan Malam Tanpa Bulan. Sebenarnya, semua cerita dalam buku ini direka. Maksud aku, cerita dalam buku ini bukanlah kisah benar. Tetapi, memang semuanya pun bukan kisah benar. Okay, aku give up! Aku harap anda semua boleh faham apa yang aku cuba sampaikan.
Kisah Pemburuang berakhir dengan kesedihan. Pada awalnya ia agak lucu. “Yamamoto Heikechi adalah nama ayah aku. Panggil aku Yamamoto Heikechi.” Boleh faham lawaknya? Yamamoto menukar fikiran untuk memburu seekor beruang yang dipanggil Kesagake setelah dia terkencing dalam seluar akibat mabuk sake. Melucukan juga apabila seorang kapten polis bernama Suga menunjuk lagak kepada orang-orang kampung, kemudiannya ditolak keluar oleh mereka agar dia ikut serta si Pemburuang. Rupanya kapten polis itu seorang penakut!
Cerita Bintang Hijau buat aku ketawa sampai mengalirkan airmata. Sudah lama aku tak membaca cerita kelakar begitu. Ceritanya pendek sahaja, cuma tiga halaman. Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Daniel yang menjadi angkasawan. Apabila dia disuruh mengetatkan skru roket, dia terlupa hendak mengikat badannya kepada kapal angkasa tersebut. Maka berterbanganlah dia di angkasa, sehingga dia berjumpa dengan sebuah Bintang Hijau yang boleh bercakap.
Kebanyakan karakter dalam cerita-cerita ini merupakan sesuatu yang tidak hidup, tetapi boleh bercakap. Bintang hijau ini salah satunya. Ada juga seekor kucing yang boleh bercakap dan sebenarnya dia adalah seorang bomoh yang telah disumpah. Ada juga seekor burung gagak yang boleh bercakap, bernama Sanolo dan dia sebenarnya seekor jin. Sanolo telah membeli jiwa seorang perempuan dan menukarkannya menjadi lelaki, supaya dia boleh berkahwin dengan seorang gadis pujaan hatinya. Tetapi, setelah perjanjian setan mereka tamat, ‘lelaki’ itu kembali bertukar menjadi wanita dan mati di atas katil, sebelah ‘isterinya’.
Ada juga cerita mengenai sekumpulan samseng yang bergaduh dengan kumpulan samseng lain untuk merebutkan sebuah gerai yang menjual mi goreng pada harga RM3. Kumpulan samseng tersebut namanya Punai dan bila mereka bersemangat, mereka menjerit “Punai tak akan mengecut, Punai kita kuat!” hingga menyebabkan seorang makcik yang duduk berhampiran menutup telinga anak perempuannya. Nama ahli geng Punai semuanya nama samaran belaka, kecuali Wahab kerana Wahab tak kreatif. Kelakarnya apabila geng Punai menyuruh Wahab untuk menembak Ketua Geng Garuda semata-mata kerana Wahab tak hensem!
Kisah tentang Tok Isa dan Saka bersambung-sambung dengan kisah Sebentuk Pusaka 1 dan Sebentuk Pusaka 2. Manakala Sebentuk Pusaka 2 pula mempunyai kaitan dengan kisah Istana Kres yang telah diceritakan sebelum Sebentuk Pusaka 1. Saka Tok Isa digambarkan sebagai seorang lelaki yang berambut panjang, suka hisap rokok dan bermain gitar. Kerjanya yang hakiki ialah menjaga dusun durian Tok Isa. Tetapi, apabila dipanggil, dia boleh terbang ke mana sahaja Tok Isa berada. Cuma yang agak melucukan apabila si Saka tiba di sebuah rumah, dia mengetuk pintu. Sedangkan pada hakikatnya dia boleh tembus dinding.
Perjanjian Sanolo 1 bersambung dengan Perjanjian Sanolo 2. Karakter Sanolo turut ada dalam kisah Menuju Muara yang merupakan sebuah kisah berlainan sama sekali.
Tidak kesemua ceritanya berbentuk humor. Ada juga yang berbentuk thriller seperti Istana Kres, yang mengisahkan tentang istana seorang puteri bunian di tengah-tengah sebuah pulau. Kisah Keganasan Pendekar Gajah pula merupakan sebuah kisah mistik bagaimana seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman oleh seorang Raja dengan mencampakkannya ke dalam laut dengan kaki terikat pada rantai besi. Lelaki itu juga telah disumpah oleh Raja tersebut agar dia boleh bernafas dalam air. Kononnya agar dia mati secara perlahan-lahan sambil daging dan kulitnya dimakan ikan dan hidupan lain di dalam laut hingga tubuhnya hanya tinggal rangka sahaja. Dia terlepas setelah berlaku sebuah gempa bumi. Setelah berjaya naik ke darat, dia membalas dendam terhadap Raja tersebut dan menyarung kulit Raja itu.
Satu lagi kisah yang agak misteri ialah Sumpahan Orang Putih. Ia mengisahkan seorang lelaki yang akan bertukar menjadi seorang lelaki ‘Mat Salleh’ bernama Jimmy yang suka mencari gadis cantik untuk ditiduri. Ironinya, kisah ini diakhiri pula dengan perspektif Jimmy yang tinggal di London tetapi akan bertukar menjadi seorang lelaki Melayu pada setiap malam Sabtu. Tidak dinyatakan bagaimana sumpahan itu boleh berlaku. Tajuk buku ini diambil dari kisah ini.
Terdapat tiga kisah yang sangat pendek, iaitu Kala Jengking Gergasi, Kebetulan! dan Pantai Bau Macam Ikan. Kisah-kisah ini panjangnya (atau pendeknya?) hanya dua halaman sahaja. Namun, tetap memberikan kisah yang menarik.
Aku kira kreativiti Hadi M. Nor terletak pada keupayaannya untuk menulis kisah yang berangkai walaupun kisah itu tiada kaitan antara satu dengan lain dan juga kepandaiannya menulis kisah yang pendek, dipanggil certot (cerita kontot) namun masih mempunyai makna dan plot tertentu.
Buku seperti ini aku boleh layan. Ia mengimbau semula zaman komik Gila-Gila suatu masa dahulu yang sentiasa menghidangkan cerita-cerita lawak yang memang kelakar. Jadi, aku beri buku ini LIMA 🌟🌟🌟🌟🌟 bintang!
7 November 2020
Anarki di Kuala Lumpur (44/2020)
Tajuk : Anarki di Kuala Lumpur
Penulis : Mohd. Jayzuan
Penerbit : Sang Freud Press, 2011
Jumlah Halaman : 80
ULASAN 44/2020.











