17 August 2020

#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria (34/2020)




Tajuk: #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria
Penulis: Heliza Helmi & Roziyah Mahamad
Penerbit: PTS Publishing House
Jumlah Halaman: 118



ULASAN 34/2020.

Buku ini aku beli melalui pautan di Facebook. Aku juga membeli sebuah buku lain dari penjual yang sama dan diberi hadiah dua buah buku lagi. Bermakna aku mendapat empat buah buku pada harga dua buah sahaja.

Seperti tajuknya, buku ini mengisahkan tentang pengembaraan kali pertama pelakon bernama Heliza Helmi ke Syria, bersama dengan kumpulan Aman Palestin. Menurutnya, beliau jatuh cinta dengan bumi Palestin setelah mendengar lagu Palestine Will Be Free, nyanyian Maher Zain. Setelah mendapat peluang bersama dengan Aman Palestin dalam tahun 2008, beliau berdoa agar diberi peluang lagi untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti itu. Dalam tahun 2012, doa beliau dimakbulkan Tuhan.

Beliau dan rakan penulisnya mencatatkan memori, perasaan dan keadaan sepanjang mereka mengembara di bumi yang sedang bergolak itu, di dalam buku ini. Ia dipenuhi dengan gambar berwarna yang menambahkan isi kepada penulisan mereka. Selain itu, diselitkan juga ayat-ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Melalui penulisannya, terasa betapa bersemangatnya Heliza dalam melakukan kerja-kerja amal seperti itu, walaupun nyawa beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa dalam bahaya. Beberapa kali dicoretkan bahawa misi beliau bukan sahaja ketika di sana, malah setelah pulang ke tanah air beliau akan meneruskan usaha untuk mendapatkan bantuan bagi penduduk Palestin dan Syria. Buku ini merupakan salah satu wadah yang digunakannya untuk menyampaikan hasrat perjuangannya itu.

Peperangan yang melanda Palestin dan Syria telah mengakibatkan banyak kerosakan kepada penempatan umat Islam. Malah, ramai umat Islam diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Israel dan tentera Assad. Penduduk yang dikurung di dalam kem-kem tahanan pula tidak diberi makan dan minum, dan tidak diberikan sebarang rawatan. Seolah-olah dibiarkan mati secara perlahan-lahan. Mereka juga tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar.

Melihat kepada gambar-gambar yang tertera dalam buku ini, tidak tercapai dek akal bagaimana mereka boleh hidup dan tinggal dalam keadaan yang serba kekurangan seperti itu. Sedangkan kita, apabila hujan turun dengan lebat dan bumbung rumah bocor sedikit pun sudah mengeluh. Mereka hidup di celah-celah runtuhan bangunan - berbumbungkan langit, beralaskan tanah. Oleh kerana kekurangan makanan, kaum wanita di sana mengoyakkan kotak dan merebusnya untuk dijadikan makanan.

Hati berasa sayu dan tersentuh tatkala membaca kisah duka kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita di sana. Paling sedih dan marah bila membaca kisah seorang wanita yang melawan ketika mahu ditangkap oleh tentera, diperkosa lalu dibunuh dan mayatnya dipotong empat. Bukan itu sahaja, mayatnya yang telah dipotong-potong itu dimasukkan ke dalam plastik dan dicampakkan di hadapan keluarganya. 

Begitulah kejamnya tentera Assad.

Debaran terasa apabila rombongan Heliza cuba memasuki Kem Yarmouk, di mana sekelilingnya dikawal rapi oleh tentera dengan penembak tepat berada di setiap penjuru. Silap langkah, mereka boleh ditembak begitu sahaja. Bedilan bom juga kedengaran setiap masa.  Bedilan yang mereka dengar itu rupanya memang sangat hampir dengan lokasi kunjungan mereka, di mana seorang kanak-kanak telah terbunuh.

Namun, dari riak wajah mereka dan melalui dialog-dialog yang ditulis, penduduk Palestin dan Syria redha dengan keadaan yang melanda mereka. Mereka tidak menyalahkan takdir. Mereka juga tidak menyalahkan Tuhan. Tidak langsung! Tetapi semangat mereka tetap teguh dan kuat untuk terus berjuang. Keimanan mereka sangat teguh dan mereka bersandar sepenuhnya kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka pula yang memberikan kata-kata semangat kepada ahli-ahli rombongan.

Seperti apa yang ditulis oleh Heliza, penduduk Palestin mengatakan kepadanya bahawa mereka hanya akan berehat di syurga, kerana dunia merupakan tempat perjuangan tanpa henti. Mereka sanggup tinggal dan berjuang demi tanah air mereka, daripada datang ke negara yang aman seperti Malaysia ini.



Buku ini juga aku kategorikan sebagai bacaan ringan, namun isinya yang padat dan memberi banyak kesedaran kepadaku, maka aku beri TIGA (🌟🌟🌟) bintang.

**********************************************************************************
Buku ini akan aku hadiahkan kepada SEORANG pembeli buku antologi Rezeki : Jangan Iri, Engkau Yang Rugi, yang mengandungi hasil penulisanku yang pertama. Buku ini harganya RM38, termasuk kos penghantaran. 

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!




16 August 2020

The Longest Ride (33/2020)


Title: The Longest Ride
Author: Nicholas Sparks
Published by: Grand Central Publishing, 2015
No. of Pages: 471




REVIEW 33/2020.

I have watched a few of Nicholas Sparks' movies. One of them is the Last Song, featuring Miley Cyrus and Liam Hemsworth. It is a beautiful movie. I have also read another book by Nicholas Sparks, entitled Dear John. I have not, however, watched the movie. Nicholas has a way of writing beautiful love stories, meant for the young adults. His are the kind of love stories that will make you become teary-eyed, angry, frustrated and longing throughout your reading.

I chanced upon The Longest Ride movie when I was scrolling the movie titles in Unifi TV. A few days after, I went to the bookstore and found this book! I immediately bought it. This is the first media tie-in edition. Upon reading The Longest Ride, I couldn't help but reminisce the time when I was a young adult and so much in love. Being in love is a beautiful feeling, especially when we feel that the other person is the one we'd like to spend our whole life with. 

The Longest Ride is a story of two pairs of love birds who are deeply in love with one another.

The first is about Ira and Ruth Levinson. It sets the background of how they met back in the early 1940s, their lives after they got married and Ira, after Ruth was gone. The interesting part is, their story was told in a conversation between Ira and his wife, whom have passed away nine years earlier. Ira was badly injured in a car accident and it was snowing. While trying to keep himself alive, in the hope that someone would come and rescue him, he conjured his wife sitting next to him in the car. 

Not only could Ira see her, he could also hear her and they talked. He could also feel her when she touched and caressed him.


The second story is about Luke Collins, a bull rider and Sophia Danko, a senior at Wake Forest University. They first met when Sophia attended a bull riding event after being persuaded by her roommate. 

They did not hit it off instantly, but it was love at first sight for both couples.  

This book takes the reader from one character to the next, in and out, centering on Ira, Luke and Sophia. That’s how the chapters of this book were written. Theirs are two different stories, which would make one wonder, what is the connection between them and how would they meet? Only on page 417 would we be able to get the answer.  

The one common thing between these two pairs is the fact that they came from different backgrounds.

Ira is the son of a shop owner, who knows nothing about art while Ruth is passionate about art. However, they ended up collecting a lot of artworks, because Ira knew that they made Ruth happy and her happiness was what meant the most to him. On the other hand, Luke is the son of a female rancher named Linda, and who is also living the high-risk life as a bull rider. Trying to keep the ranch going and avoiding it from being bankrupt, he takes up bull riding to pay for the expenses and loan. While Sophia is a city girl from New Jersey, who is also a senior at the Wake Forest University, studying art history.

After falling in live with Sophia, Luke was on a cross-road between his passion for bull riding and quitting the dangerous sports. Though bull riding could provide him with the means to help his mother pay for the ranch, something else is preventing him from pursuing his passion. His health condition. But eventually, he did quit. 

Their unexpected meeting with Ira leads to an unexpected turn of event in Luke’s life. He did something that Ira had done for his lovely Ruth. Sacrifice.

Two things that put me off from this book - the lack of depth in their connection with Ira and the way Luke proposed to Sophia. In the movie, Sophia spent some time with Ira and reading him the letters that he has written for Ruth. She even ran to Ira after she broke up with Luke. I can feel the deep connection between them, that makes sense for the ending of the story to occur.  In this book, they spent only one night with Ira and that is the night when they rescued him. The next day, Ira died. I could not feel their deep connection with Ira in this book, not as much as shown in the movie.  The way Luke proposed to Sophia was also a turn-off.

Nevertheless, it is a beautiful love story (stories). Of course it is with a happy ending. But the way it ends is something that is extra-ordinary. 

Two things that I could take away from this story - 1) Ira and Luke did whatever they could to make the love of their life happy; and 2) Don't think about tomorrow too much. If you love to read about beautiful young adult love stories, then I would recommend reading this book. 

Considering that it is a light reading for me and with a good story line, I'm giving it a THREE (🌟🌟🌟) star rating. 



12 August 2020

Sembang Tepi Jalan - Syurga Yang Hilang (32/2020)





Tajuk: Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang
Penulis: Meor
Penerbit: Merpati Jingga, 2012
Jumlah muka surat: 133
Harga: RM 20.00 



4 August 2020

Setulus Kata - The Naked Truth (31/2020)


Tajuk: Setulus Kata – The Naked Truth
Penulis: Mohd. Khair Ngadiron
Penerbit: Studio Anai Anai, 2017
Jumlah muka surat: 100
Harga: RM 25.00


Ulasan Buku 31/2020.

Buku ini aku beli ketika berkunjung ke Studio Anai-Anai awal tahun ni. Aku beli kerana dari kulitnya, ia kelihatan menarik, ditambah pula penulisnya ialah mantan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM.

Mulanya pelik juga, kenapa buku ini diikat (binded) dengan plastik? Rupanya buku ini tidak seperti buku-buku yang lain. Ia tidak mempunyai tulang. Buku ini bentuknya seperti sebuah akordion. Ia boleh dibaca dari hadapan ke belakang, dipusing dan dibaca dari belakang ke hadapan. Konsep yang menarik, bukan? 




Gambar pada kulit hadapan buku ini ialah sebiji buah pear yang berwarna hitam. Disertakan dengan penerangan dalam Bahasa Malaysia dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Gambar pada kulit belakang pula sebiji pear berwarna kuning! Aku pun tidak begitu pasti apa motif di sebalik gambar buah pear ini.

Kulit bukunya keras, saiznya kecil iaitu 11.5cm x 18.5cm dan tulisannya besar dan jelas. Selain itu, dalam setiap ayat ada perkataan-perkataan yang diwarnakan merah, seolah-olah hendak menekan kepada pentingnya perkataan itu di dalam ayat.  


Setulus Kata ialah buku pertama tulisan Mohd. Khair Ngadiron. Ia merupakan koleksi kata-kata yang ditulis di lama Facebook beliau sepanjang tempoh dua tahun (menurut kata penerbitnya). Kata-kata ini lebih kepada pemikiran-pemikiran beliau mengenai keadaan semasa. Hanya dia sahajalah yang tahu apa di sebalik kata-katanya itu. Tetapi aku tengok kebanyakannya seperti menyindir pemimpin, memperkatakan tentang industri perbukuan negara dan juga nasihat-nasihat kepada umum.

Buku ini tidak susah untuk dibaca. Namun begitu, walaupun kata-katanya mungkin kelihatan seperti straight forward, sesetengahnya agak mendalam. Contohnya seperti Tidak semua peluang akan memberi ruang dan walau keras, jangan sampai hilang waras. Kandungan buku ini juga tidak berkait antara satu dengan yang lain. Menjadikan setiap mukasurat itu berdiri sendiri (independent). Maka, kita boleh buka mana-mana halaman untuk membacanya tanpa gusar kalau kita sudah ketinggalan apa-apa maklumat dari mukasurat sebelumnya.

Seperkara lagi yang menarik tentang buku ini ialah setiap kata-kata itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang aku katakan tadi, walaupun kata-kata yang ditulis itu kelihatan seperti straight forward, namun ia mengandungi maksud yang mendalam. Ini turut dizahirkan dalam terjemahannya. Tiga orang penterjemah telah memainkan peranan mereka dalam menghasilkan buku ini, iaitu Zainuddin ‘Ben’ Jamil, Nazim Masnawi dan Jigo Morisson, menandakan betapa serius penulisnya hendak menyampaikan mesej beliau kepada pembaca.

Terjemahan yang dibuat bukan dalam bentuk literal. Ada yang dibuat dalam bentuk transposisi dan modulasi. Contohnya dalam ayat ‘elok mengorak langkah, tak elok menyorak rebah’ diterjemahkan sebagai ‘better to move on than dwell on failure’. Ada juga terjemahan dalam bentuk adaptasi seperti ayat ‘ugut-ugut berok saja’ yang diterjemahkan sebagai ‘only the threats of a paper tiger’.

Buku ini termasuk dalam golongan buku yang santai. Kandungannya tidak berat, melainkan jika pembaca hendak mengupas maksud di sebalik setiap kata-kata yang ditulis. Cuma bila membacanya, perlu berhati-hati agar buku ini tidak terlepas dari tangan. Jenuh nak lipat semula!

Berdasarkan kepada kategorinya sebagai pembacaan ringan, maka aku bagi TIGA bintang (🌟🌟🌟) buat buku ini. 



3 August 2020

Sembang Abang Kaunter (30/2020)




Tajuk: Sembang Abang Kaunter
Penulis: Rafi Harumin
Penerbit: Studio Anai Anai, 2019
Jumlah muka surat: 128
Harga: RM 20.00


ULASAN 30/2020.


Ulasan buku kali ini adalah mengenai buku ke-30 yang aku dah baca tahun ni. Buku ni agak santai, maka aku cuma ambil masa 2 hari membacanya. Itupun aku baca pada waktu malam, sebagai bedtime story. Buku ini bersaiz kecil, lebih kurang 11.5cm x 18.5cm. Sesuai dibawa dalam beg tangan / pouch bag sebagai bacaan sambil-sambilan. 

Sembang Abang Kaunter merupakan hasil karya Rafi Harumin, seorang pegawai Imigresen, dari pengalaman beliau sepanjang bertugas di kaunter kemasukan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Selalunya, bila ke kaunter Imigresen, perasaan agak gementar dan takut kalau-kalau ada kesilapan dalam passport atau dokumen perjalananan. Terutamanya Imigresen di luar negara yang selalunya berwajah serius. Pegawai Imigresen di Malaysia juga apa kurangnya. Hendak berjumpa dengan yang melemparkan senyuman manis, memang agak susah. Mungkinlah kerana mereka kepenatan setelah seharian melayan kerenah penumpang-penumpang yang berbagai ragam.

Siapa sangka, di sebalik keseriusan itu ada juga kisah-kisah menarik yang disimpan dan boleh dikongsikan seperti mana yang dilakukan oleh Rafi Harumin ini.

Banyak kisah menarik yang dikongsikan dalam bentuk anekdot di dalam buku ini. Kisahnya pendek-pendek, membuatkan saya sebagai pembaca tertanya-tanya “apa terjadi selepas itu?” Kebanyakannya kisah lucu beliau ketika berurusan dengan penumpang dari luar negara dari penumpang yang baru pertama kali menaiki kapal terbang. Malah, ada juga kisah sayu tentang penumpang warga emas yang bersendirian sambil membawa beg yang berat demi menziarah anak di kejauhan.

Terdapat kira-kira 86 kisah yang dikongsikan di dalam buku ini.  Gaya bahasanya sangat santai dan mudah dibaca, memandangkan kisahnya pendek-pendek belaka. Hanya satu atau dua kisah yang melangkau dua mukasurat. Selebihnya, hanya satu mukasurat sahaja.

Pelbagai gelagat manusia dapat kita lihat dari anekdot yang dikongsikannya.

Sembang Abang Kaunter bukanlah buku pertama Rafi Harumin, mungkin juga bukan buku terakhir. Sebelum ini, beliau telah menulis beberapa buah buku lagi, di antaranya Travelog Seputar Kubikal Orang Kaunter (2016), Sang Pemberitahu (2016), Awekku Scammer (2017), Mengopi Bersama Ayah (2017) dan Kru Dari langit (2018).  

Nah! Siapa kata menulis buku ini hanya untuk mereka yang bergelar penulis sahaja?

Nota:
Buku ini boleh dibeli dari Studio Anai-Anai di pautan https://studioanaianai.com/product/sembang-abang-kaunter/