Tajuk: Sembang
Abang Kaunter
Penulis: Rafi
Harumin
Penerbit: Studio
Anai Anai, 2019
Jumlah muka surat: 128
Harga: RM 20.00
ULASAN 30/2020.
Ulasan buku kali ini adalah mengenai buku ke-30 yang aku dah baca tahun ni. Buku ni agak santai, maka aku cuma ambil masa 2 hari membacanya. Itupun aku baca pada waktu malam, sebagai bedtime story. Buku ini bersaiz kecil, lebih kurang 11.5cm x 18.5cm. Sesuai dibawa dalam beg tangan / pouch bag sebagai bacaan sambil-sambilan.
Sembang Abang
Kaunter merupakan hasil karya Rafi Harumin, seorang pegawai Imigresen, dari
pengalaman beliau sepanjang bertugas di kaunter kemasukan di Lapangan Terbang
Kota Kinabalu.
Selalunya, bila ke
kaunter Imigresen, perasaan agak gementar dan takut kalau-kalau ada kesilapan
dalam passport atau dokumen perjalananan. Terutamanya Imigresen di luar negara
yang selalunya berwajah serius. Pegawai Imigresen di Malaysia juga apa
kurangnya. Hendak berjumpa dengan yang melemparkan senyuman manis, memang agak
susah. Mungkinlah kerana mereka kepenatan setelah seharian melayan kerenah
penumpang-penumpang yang berbagai ragam.
Siapa sangka, di
sebalik keseriusan itu ada juga kisah-kisah menarik yang disimpan dan boleh
dikongsikan seperti mana yang dilakukan oleh Rafi Harumin ini.
Banyak kisah
menarik yang dikongsikan dalam bentuk anekdot di dalam buku ini. Kisahnya
pendek-pendek, membuatkan saya sebagai pembaca tertanya-tanya “apa terjadi
selepas itu?” Kebanyakannya kisah lucu beliau ketika berurusan dengan penumpang
dari luar negara dari penumpang yang baru pertama kali menaiki kapal terbang.
Malah, ada juga kisah sayu tentang penumpang warga emas yang bersendirian
sambil membawa beg yang berat demi menziarah anak di kejauhan.
Terdapat kira-kira
86 kisah yang dikongsikan di dalam buku ini.
Gaya bahasanya sangat santai dan mudah dibaca, memandangkan kisahnya pendek-pendek
belaka. Hanya satu atau dua kisah yang melangkau dua mukasurat. Selebihnya,
hanya satu mukasurat sahaja.
Pelbagai gelagat
manusia dapat kita lihat dari anekdot yang dikongsikannya.
Sembang Abang
Kaunter bukanlah buku pertama Rafi Harumin, mungkin juga bukan buku terakhir.
Sebelum ini, beliau telah menulis beberapa buah buku lagi, di antaranya
Travelog Seputar Kubikal Orang Kaunter (2016), Sang Pemberitahu (2016), Awekku
Scammer (2017), Mengopi Bersama Ayah (2017) dan Kru Dari langit (2018).
Nah! Siapa kata
menulis buku ini hanya untuk mereka yang bergelar penulis sahaja?
Nota:
Buku ini boleh dibeli dari Studio Anai-Anai di pautan https://studioanaianai.com/product/sembang-abang-kaunter/
No comments:
Post a Comment